Sunday 18 November 2012

Minat Aizat!


Ak xtau la awat ak bole nk hupdate cite sal Aizat neh...(neh dah kekeringan Idea da la kott..)..

Aku mmg peminat no satu Aizat klu hmpa suma nak tau....xmo tau pon wat2 tau jela..da terbace kan....hee...peace!..ak suka kt dia neh sbb dia ada kompiden lebih!wlaupon Aizat yg dlunye seorang yg gemok errrrrr berisi lbey sesuai kot,tp die xmudah give up ngn sume bnde...and finally die da ramping (agak2 sesuai ke dgn laki,bedall je la) ngn hasil usaha kuat dan sokongan family,fans and kengkawan die..tetibe ak kagum ngn die...

SEBELUM


SELEPAS



"Semua benda yang kita inginkan haruslah disertakan dengan usaha kalau tidak pasti tidak dapat apa yang kita nak. Macam saya bersenam, kurangkan makan. Selain untuk kesihatan bila saya kurus, itu satu perkara yang bagus sebab itu saya ingin kekalkan,"ujar Aizat.

Sumber : http://anizyn.blogspot.com/2010/02/gambar-aizat-dulu-dan-sekarang.html#ixzz2CaR1cDxW


Haaaaa sbb tuh la ak kagummm sgt ngn dia neh!!suara pon sdap...nyanyi lgu mesti feel punyerr....ingt lg tym AF dlu die nynyi lagu Anuar Zain- Perpisahan..pergghhhhhh feeling gler ak tym tuh....tym die da kuruih neh lgu yg best die kasik feel n tgkap leleh lagu Pergi..menang juare lagu kotttt..caya lah Aizat!!!

So bg peminat2 Aizat kt lua sana,bolehlah jdikkan Aizat neh sbgai sumber inspirasi korg nk kurus kerr..nk berjaye ke...yg penting kene ade SEMANGAT dan USAHA dan jgn MUDAH BERPUTUS ASA selain BERDOA KPD TUHAN...

Klang Bandar Diraja @ Bandar DiGagak??


Musykil aku tgk Klang neh...dalam perjalanan nak gi spital Klang,nmpk byk la mamat2 penembak segala jenis gagak...dalam spital pon ade (bkn dlm wad la,kt luaq taman tuh naa)..xtau la bg yg da bese kt area Klang...aku neh jarang lak aih nk g Klang,skali pegi haaa tuh diaaaaaa da mai da ngn sgala senapang elephant,badak sumbu bgai...

Dahh satu hal...aku neh gerun ckit tgk snapang patah bgai neh,yelaaa mane le tau kot2 salah tembak pluru dtg mai kt aku kaa....(eeeeeiii byk pikiaq bkn2 la ak neh,dorg neh penembak terlatih..kotttttt..)..harap2 camtuh laaa..

Ok kite cite sal gagak,Klang neh mmg byk gler gagak ak nmpk...nampak..nampak....agak2 bilangan populasi gagak kt Klang neh lg rmai ke dr puak2 mnusia yg tinggal kt Klang tuh???..dgaQ cite la,ak xtau la btoi ke dak..Asal usul Gagak kt Klang neh dah dbawak masuk oleh seorang peladang Inggeris, Edward Valentine John Carey..wahhhh da mcm Edward Scissor Hand (ak minatt gilaa layan cita neh)..Seterusnya, beliau neh bwk gagak sbb nk jage tanaman kopi beliau..da tuh dgaq cita, xbekesan laa bwk gagak msuk..pulakkkk dahh...makin membiak lg adelaaaa...dan tercetusnya name Pulau Carey sempena name beliau neh...

**************************************************************************************************

Sumber:
Shaiful Bahri Md. Radzi, Hanapi Dollah, Salehah Ishak, Mohamad Radzi Abd. Razak dan Mohamad Fadzali Jaafar."Pengaruh Melayu dalam Pantun Mah Meri"
. Jurnal Melayu: 1(2004).

**************************************************************************************************



Maka sang sang pemburu gagak yg lagi tough dan macho akan dikenakan byrn RM2 - RM3 bg seekor gagak....wahhhh masyukkkkk...untungg ak neh xpndai menembak gagak,klu tak ak pon nk join...huuuu

Gagak neh mmg suke kt tmpat2 yg kotor..bkn ler ak nk ckp Klang kotor ke hape,tp kite sbgai manusia yg idup di alam fana neh haruslah menjage kebersihan demi kesihatan sejagat..sesuailah dgn cogan kata "CINTAILAH ALAM SEKITAR"



Sunday 15 July 2012

Bukankah Aku??





Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta??
Bukan diriku yang kau janjikan semua??
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta??
Bukan diriku yang kau janjikan semua??
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh


Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu



Sunday 14 August 2011

Elak diri dari bersifat dendam + buruk sangka



sifat DENDAM dan BURUK SANGKA adalah sejenis penyakit hati

perasaan tidak puas hati atas kesenangan org lain,
dan berharap akan terhapusnye kesenangan dr org itu,
dan berasa gembira di atas kesusahan yg menimpa org y didendami
dan akan terjadinya fitnah apabila berterusan sifat buruk sangka



TAHUKAH ANDA


dendam + buruk sangka adalah sahabat iblis laknatullah!!!

menzalimi diri sendiri di akhirat kelak!!!

lebih byk bdendam lebih sukar tuk mncapai kecemerlangan!!!

golongan ini layak diletakkan lebih hina dr haiwan!!!

adalah perbuatan haram disisi Allah SWT!!!


..Nauzubillah min zalik..


Firman Allah SWT :

“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu, dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”
(An-Nur: 22)


***************************************************************


Manusia tidak lari dr kesilapan..
Wahai sahabat2ku,jauhilah diri dr SIFAT2 tersebut..
selalu berfikiran POSITIF sepanjang masa dan meMAAFkan kesilapan org lain adalah semulia2 sifat disisi ALLAH SWT..

Bersihkan lah HATI anda..ISI lah dgn sifat2 yg mulia dan terpuji..anda yg menentukan tempat anda di SYURGA mahupun di NERAKA...

Ingatlah sahabat2ku..Hidup di dunia ini hanyalah SEKALI dan SEMENTARA..sudah tentu kita mahukan yg terbaik tuk diri kita sendiri..

Mendekati ALLAH dan menjauhi sifat2 NEGATIF adalah satu cara yg tidak akan kita sesali






''Ya Allah ya Tuhan kami, Kau jauhilah kami dari sifat2 dendam dan buruk sangka terhadap manusia mahupun dgnMu ya Allah..Sesungguhnya kami amat takut dgn seksaanMu di akhirat kelak..dan Kau letaklah diri kami di dalam golongan manusia semulia-mulia disisiMu ya Allah.." 
Amin~

Friday 12 August 2011

10 Orang Yg Tidak Diterima Solatnya


1. Orang lelaki yang SOLAT sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan SOLAT tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah atau menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang SOLATnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.



************************************************************************

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud : 
Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT. 
Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. 

************************************************************************

psstt : mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam 10 golongan tersebut..di Bulan Ramadhan yg mulia ini,marilah kita bersama2 meningkatkan ibadah dan menjauhi laranganNya supaya hidup dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT..

InsyaAllah...


Thursday 11 August 2011

aku SUNYI...!!

-



Meniti hari-hari bersendirian tanpa ditemani
Melihat daun-daun berguguran rebah ke bumi
Aku masih SUNYI walau angin menemaniku
Namun diri ini gagah melangkahi hari-hari yang mendatang...


Saban hari ku menanti pelangi dalam kedukaan
Tiada kata-kata dapat diungkapkan
Hanyalah kesabaran yang bisa hadir
SUNYI ku masih dibiar dalam lubuk hati...


Tatkala diri ini terpaut oleh burung-burung berkicauan
Namun SUNYI ini masih bertandang
Takkan ku biar menghantui diri
Menghembus kata perosak jiwa...


Ku rela SUNYI ini hadir dari disakiti
Syukur ku masih disini alam yang nyata
Membiarkan dia berlalu pergi
Hanya ditemani Tuhan disisi...






psstt : maaf..tetibe rase nk jiwang lak malam neh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved belognyssa.blogspot.com